Sunday, March 28, 2010

Web Rasmi PLKU kini www.gayong-plku.com.my

Laman web rasmi PLKU kini ialah

www.gayong-plku.com.my

Sila kemaskini bookmark anda ke URL terbaru ini

Tuesday, November 24, 2009

Latar Belakang Ringkas Asal Penubuhan PLKU



Silat Seni Gayong pada awalnya berkembang di daerah Kajang di IPTA terutamanya di UKM. Walau bagaimanapun, kebanyakan ahli Silat Seni Gayong Malaysia lepasan IPTA yang rata-ratanya di peringkat bengkong merah dan kuning (gurulatih) ini terus menghilangkan diri tanpa bergiat aktif dan membuka gelanggang untuk mengajar silat. Masalah yang dihadapi pada waktu itu ialah kekurangan gurulatih menyebabkan kepakaran mereka tidak dimanfaatkan sebaiknya.

Atas inisiatif En. Idris Bin Shaffiee (PenyelarasI), beliau telah mengumpulkan semula ahli Silat Seni Gayong Malaysia ini serta ahli-ahli Silat Seni Gayong Malaysia senior lain untuk berbincang dan mencapai kaedah untuk menguatkan institusi gurulatih muda dan gurulatih.

Pada tahun 2002, satu mesyuarat telah diadakan di rumah Prof. Madya Dr. Zainal (Penyelaras II) dan kata sepakat telah dicapai di mana mereka telah bersetuju untuk mewujudkan satu kumpulan gurulatih di kawasan Kajang yang pada waktu itu bermula dengan keahlian seramai 13 orang.

Tujuan usaha ini diwujudkan adalah untuk menguatkan kumpulan gurulatih lama, dan seterusnya meramaikan gurulatih baru disamping cuba memanfaatkan kepakaran gurulatih sedia ada untuk kebaikan Silat Seni Gayong Malaysia .

Latihan pertama telah diadakan di Dataran Dato’ Mohd Said Commercial Centre, Rinching Tengah, Beranang, Selangor. Dato’ Mohd Said waktu itu adalah pengerusi PSSGM Daerah Hulu Langat.

Selepas itu latihan dipindah ke gelanggang UKM untuk jangka masa lebih kurang 2 tahun. En Idris berpendapat bahawa perlunya bagi kumpulan ini mempunyai gelanggang sendiri, untuk tujuan tempat latihan gurulatih, tujuan mesyuarat dan tujuan tempat berkumpul dan bersosial.

Pada 22 Mac 2004, beliau telah berbincang berkenaan penyewaan rumah kedai dan hasilnya, pada 26 Mac 2004, termeterailah perjanjian penyewaan gelanggang yang digunakan sehingga sekarang. Maka tarikh itu merupakan tarikh wujudnya gelanggang dan juga Pusat Latihan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Kajang Utama (PLKU).

PLKU merupakan satu gelanggang PSSGM di bawah naungan PSSGM Daerah Hulu Langat, yang bernaung pula di bawah PSSGM negeri Selangor Darul Ehsan.



Tuesday, November 17, 2009

ASSALAMU'ALAIKUM WARRAHMATULLAH

Selamat Datang! ke laman blog PLKU. Blog ini diujudkan sebagai wadah informasi terkini tentang aktiviti PLKU. Sila klik pada pautan di sebelah kanan untuk ke laman utama Web gayong-plku.com atau pautan di sebelah bawah laman ini untuk ke laman-laman web lain yang berkaitan dengan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM).

Bagi pihak Pentadbiran & Barisan Gurulatih Pusat Latihan Gayong Kajang Utama (PLKU), kami ingin memohon maaf diatas sebarang kesukaran yang telah dihadapi oleh pihak saudara & saudari dalam mengakses laman web kami dalam jangkamasa 2 bulan ini.

Walau bagaimana pun, kami telah berjaya mengatasi masalah tersebut kini aktif semula di internet seperti biasa. Bagi sebarang masalah, informasi atau kemusykilan bolehlah berurusan dengan Cikgu Idris & Cikgu Syidah sebagaimana nombor telefon yang tertera di kotak kanan laman ini.

Sekian & selamat berhubung dengan PLKU!

Wassalam..



 

 


Monday, November 16, 2009

Sorry! Still under construction..